Thursday, November 22, 2012

Tips kurus / Tingkatkan metabolisme badan

Turunkan Berat Badan Cara Sihat

by Mommy Lyna
Semua orang menginginkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang menarik. Subjektif kepada empunya diri, ada yang suka kelihatan kurus dan ada yang suka kelihatan ‘comel’. Namun, obesiti adalah sesuatu yang patut ditakuti oleh semua kerana banyaknya risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti.
Oleh itu, ramai yang ingin turunkan berat badan dengan cepat melalui diet yang ketat. Malah, ada yang menerima kesan sampingan yang lebih teruk akibat obses kurus, iaitu anorexia. Mahu kurus, itu sangat bagus. Namun biarlah turun berat badan secara sihat, bukan secara menyeksa tubuh kita.
Tips turunkan berat badan cara sihat:

MENGAMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI

Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil.

MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik.

MENGAMBIL PROTEIN

Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

KURANGKAN LEMAK

Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol.

KURANGKAN GULA

Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja.

MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI

Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga.

Dari apa yang saya alami dan pengalaman dari teman-teman, ada banyak cara untuk turun berat badan dengan produk Shaklee. Shaklee sebenarnya ada dua program untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan:
  • Body Perfector Program
  • Shape-Up Program

Body Perfector Program

Sebuah program untuk mereka yang terlalu sibuk hingga tak terjaga makan minum. Mereka yang tak mendapat makanan sihat dalam diet sehari-hari… Mereka yang tak makan secara teratur… Mereka yang selalu travel dan sukar untuk mendapatkan makanan pada masa-masa yang tetap. Ye lah, kadang2 bila terlalu sibuk, seseorang itu cenderung untuk mengambil makanan rapu, makanan segera dan sebagainya… yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Ia samada menjadikan seseorang itu terlalu kurus atau gemuk.
Jadi, bagi mengekalkan berat badan ideal, Shaklee mengesyorkan produk di bawah:
cinch shaklee
Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.
Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Shape-Up Program

Shape-Up Program adalah untuk mereka yang mahu menguruskan badan, dan membuang lemak yang berlebihan dalam badan. Kebaikan program ini ialah ia menjadikan badan lebih ramping dan langsing, lebih bertenaga, lebih berkeyakinan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Produk untuk Shape Up Program terdiri daripada:
cinch shake mix
Cinch Shake Mix
cinch tea
Cinch Energy Tea Mix
fiber plan
Fiber Plan Unflavoured
lecithin shaklee
Lecithin


Walau bagaimanapun, anda tak semestinya mengikuti program di atas dalam proses penurunan berat badan, terutama ibu menyusukan anak, kerana Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.
Antara alternatif untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee:

bagi org awam :

1. Set A dengan Lecithin
2. Set A dengan Lecithin dan Vitamin E
3. Set A dengan Fiber Plan Unflavoured
4. Set A dengan Fiber Plan Unflavored dan Lecithin

Bagi ibu menyusu:
1. Set B
2. Set B dengan Energizing Soy Protein
3. Set B dengan Lecithin
4. Set B dengan Energizing Soy Protein dan Lecithin
5. Set B dengan Fiber Plan Unflavored dan Lecithin

Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget. Tak perlu nak berhabis semua benda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Malah, jika anda mahu menjalankan ‘diet’ dengan cara mengurangkan pengambilan makanan (terutama kalori dan lemak), anda boleh dengan hanya mengambil Vitalea (multivitamin dan mineral) sebagai menyokong keperluan nutrisi harian.
Walau bagaimanapun, anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.


CARA MENINGKATKAN METABOLISME
 
1. Anda perlukan lebih oksigen ke dalam badan, lakukan senaman kardiovaskular. Latihan berat juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme anda kerana tisu otot akan bertambah seiring dengan enzim pembakaran lemak dalam badan anda.

2. Makan makanan tertentu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Cuba makan hidangan kecil pada jangka waktu yang tetap. Makan cili dapat membakar lemak selama 30 minit. Teh hijau yang mengandungi polifenol juga dapat membantu meningkatkan metabolisme.

3. Pengambilan air (bukan air manis) hendaklah mencukupi untuk memastikan lemak tidak disimpan; air membantu dalam mengekalkan suhu badan pada tahap yang optimum dan jika kekurangan air, kadar metabolisme juga terjejas.>>1Liter/25KG BERAT BADAN ANDA

4. Pastikan pengambilan protein yang tinggi kerana ini membantu dalam membina otot dan pertambahan otot bermakna metabolisme yang baik. Pengambilan serat yang tinggi juga digalakkan kerana ini mengikat lemak yang dimakan supaya ia keluar dari tubuh. Seorang individu tidak harus kehilangan lebih daripada dua paun/1kg seminggu.

5. Amalkan mengambil Vitamin C, bersama Kalsium dan juga B-Complex. Kalsium dapat meningkat metabolisme, manakala vitamin C membantu penyerapan mineral dengan lebih cepat. B-Complex memberi tenaga, disamping bahan utama dalam menukarkan karbohidrat kepada glucose. (ini kalau anda mampu boleh tambah..atau boleh beli pada harga ekonomi..tanya saya utk info lanjut)












Untuk order boleh menghubungi saya di 0177547567 atau email di hirlina_wati@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment