- Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
- Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
- Peti sejuk 1 pintu
- Bahagian fridge 4°C: 7 hari
- Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
- Peti sejuk 2 pintu
- Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
- Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
- Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!!!
- Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
- Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
- Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
- Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
- Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
- Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
- Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
- Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
- Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas @ warmer yg khas untuk menyahbeku susu
- Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
- Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
- Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
- Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
- Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya
Maklumat Tambahan
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang
mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke
rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di
rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak
letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana
susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa
balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula.
Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu
dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer)
jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada
hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya
ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum.
Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula
untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.