Wednesday, November 21, 2012

Apakah G6PD

APA ITU G6PD ?

 ( Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese)  adalah  sejenis enzim dalam sel darah merah.

 Fungsinya.
 la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat   bayi   dihantar   untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
 
Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD:
1. Anda akan  dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
2. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh  mendapat  kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.
 
Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD.
 
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
*   Memberi   ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
*   Ubat gegat.
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
*   Minyak gosok.
*   Kacang parang.
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan deri kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang.
  
Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 
 
*Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
*Bayi akan mendapat kuning (Jaundice)
*Air kencing berdarah atau berwama teh pekat

*Demam dan pucat.

  
Bolehkah seseorang yang kekurangan  G6PD  hidup secara normal ? 
Mereka boleh hidup secara normal   tetapi   dia   mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit   keturunan    atau berjangkit.

Bagaimana Produk Shaklee boleh membantu ???
Oleh itu ibu2 bersalin yang mempunyai masalah di atas boleh mengambil set berpantang seperti Vitalea, b complex, vit-C & zinc




No comments:

Post a Comment